Khamis, 5 Februari 2009

Seminar

Saya akan kemaskinikan blog ini selepas saya mendapat semua info mengenai seminar. Rasa-rasanya orang akan kenal juga siapa penulis blog ini nanti. Saya tidak ingin bersembunyi di sebalik belukar. Apa yang saya ingin kongsikan kepada semua adalah berasal daripada hati saya sendiri dan pengalaman iman sebagai sharing.

Malam ini saya akan pergi ke seminar pembaharuan iman. Seminar ini adalah berkaitan dengan Hidup Baru, Penyelamatan, KeTuhanan Yesus, Penyembuhan batin dan lain-lain yang saya tidak seneraikan disini.

Walaubagaimanapun, semua info yang saya dapat didalam seminar ini akan saya kongsikan didalam blog ini nanti. Saya sudah sediakan pen dan sebuah catatan kecil untuk merekod semua ceramah pada malam ini.

Saya rasa seperti tidak layak mengikuti seminar ini. Saya orang berdosa dan seringkali banyak membuat kesilapan. Saya juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Sebagai manusia biasa, saya mengalami cobaan dan godaan. Jatuh dan bangun adalah perkara biasa bagi saya, sebab di sebalik kejatuhan, saya dapat melihat mana satu yang harus diperbaiki.

Salam untuk semua.

Tiada ulasan: