Khamis, 20 November 2008

Doa menggoncangkan dunia

Jika anda mengalami godaan dan cobaan yang sangat berat, anda boleh meminta Allah supaya mengutus malaikat Michael untuk bersama-sama dengan anda melawan godaan supaya kita terlepas daripada jerat iblis.

Contoh doa yang saya berikan di bawah ini sangat-sangat membantu saya dan anda untuk melawan semua godaan dengan pertolongan malaikat Allah. Anda mahu? Nasihat saya, jangan bermain dengan doa ini kerana saat anda mulai berdoa, bermakna saya dan anda akan mulai berperang untuk menentang segala macam godaan dan percobaan yang datang kepada anda dan saya, tetapi tidak melebihi kekuatan kita, Allah tahu kemampuan kita.

Sebelum kita mulai berdoa, perkara penting yang harus kita lakukan ialah:

01.Merendahkan diri di hadapan Tuhan, bersyukur kepada-Nya dan meminta keampunan semua dosa-dosa yang kita lakukan kepada Tuhan dan menyatakan bahawa kita tidak layak di hadapan Tuhan.

Selepas sahaja doa ini selesai, kita mohon Tuhan mengampuni juga orang yang kita sakiti secara tidak sengaja atau jika kita pernah menyakiti hati sesiapa, berdamailah dengan mereka melalui doa pengampunan dan minta Roh Kudus bersama-sama dengan anda dan memberkati mereka juga.

02.Biasanya selepas melalui doa ini, hati kita akan merasa lega dan ada damai yang kita terima daripada syurgawi sebab hati kita sudah berdamai dengan Allah sebelum meneruskan doa yang seterusnya. Selagi kita tidak menggunakan kaedah yang pertama tadi, kita rasa ada sesuatu yang masih kurang.

03.Selepas itu kita menjemput Yesus menyertai kita didalam doa dan meminta Tuhan menyertai kita juga dengan malaikat-malaikat yang datangnya dari syurga.


Hint: Setan takut mengaku dosa dan mereka takut kepada darah Yesus dan nama Yesus sendiri kerana nama itu boleh menghancurkan mereka, boleh membuatkan mereka lari daripada anda. Jadi, percaya bahawa Yesus boleh menyelamatkan anda daripada segala dosa dan kenajisan, percaya dan cintai Yesus sepenuhnya. Maaf, Saya juga harus mencintai Yesus, bukan anda saja.Hehehe

Supaya kita bebas daripada iblis, kita harus menyangkal semua perbuatan jahatnya, menyangkal semua penipuannya, menyangkal semua kejahatannya dan meminta Yesus datang dan masuk ke dalam hati dan berdiam didalam hati kita sebagai pemerintah yang berkuasa. Dan meminta supaya Yesus melepaskan kita daripada segala jenis kejahatan dan penipuan.

Saya adalah manusia biasa seperti anda dan jangan menganggap saya adalah seorang yang sempurna didalam segala hal.

Tiada ulasan: