Rabu, 19 November 2008

catatan mengenai malaikat

Orang baik akan masuk di syurga dan orang jahat akan masuk di neraka. Tuhan itu mempunyai sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang, orang jahat dan orang baik pun Dia tetap sayang tetapi manusia sendiri yang mengikuti jalan sendiri untuk memilih kejahatan.

Kalau ada jalan yang baik menuju ke syurga, mengapa masih memilih jalan menuju ke neraka? Adakah mereka sukakan neraka? Mengapa mesti memilih neraka kalau syurga itu adalah tempat yang baik untuk manusia?

Pada mulanya di syurga ada empat ketua malaikat Allah . 4 malaikat ini terdiri daripada : (Menurut catatan yang terdapat didalam Alkitab perjanjian lama dan Baru)

1. Malaikat Michael - Ketua Malaikat peperangan syurgawi
2. Malaikat Gabriel - Malaikat utusan Allah
3. Malaikat Raphael - Malaikat yang melayani Allah
4. Malaikat Lucifer - Ketua didalam Pujian dan Penyembahan

Lucifer ialah malaikat yang sangat cantik, di panggil sebagai Bintang Kejora sebab dia mempunyai 7 suara. Apabila dia membawa malaikat-malaikat lain untuk membuat pujian dan penyembahan di hadapan Allah, suaranya berkumandang di syurga dengan meriah bersama malaikat-malaikat yang lain.

Malaikat Lucifer juga adalah malaikat yang sangat cantik dan mempunyai paras rupa yang sangat menarik. Kehebatannya didalam pujian dan penyembahan merupakan kekuatannya juga untuk membawa 1/3 daripada malaikat di syurga memberontak Allah.

Malaikat ini tidak puas hati dengan apa yang ada padanya. Kuasanya hampir sama seperti Allah tetapi dia bukan Allah. Dia mempunyai rancangan tersendiri untuk menjadi seperti Allah dan mulai menyombongkan diri serta membawa malaikat-malaikat lain untuk memberontak dan menghianati Allah. Malaikat-malaikat yang melayani Allah adalah roh yang melayani.

Dia berjaya membawa 1/3 daripada malaikat di syurga memberontak untuk menentang Allah. Dia ingin merebuat taktha Allah dan ingin menjadi seperti Allah. Kesombongan yang tinggi ada pada malaikat ini, dia ingin menjadi seperti Allah sebab dia merasakan bahawa Allah tidak adil dan sepatutnya dia yang menjadi Allah.

Peperangan berlaku, di antara malaikat Michael dengan malaikat Lucifer. Bala tentara syurgawi berperang di syurga tetapi Malaikat Lucifer mendapat kekalahan yang teruk kerana kuasa Allah lebih berpihak kepada malaikat Michael.

Selepas kejadian itu, Allah membuang dan menurunkan taktha malaikat Lucifer. Dia yang menjadi bintang kejora menjadi malaikat setan. Sayap mereka semuanya bertukar menjadi seperti kelawar hitam dan mempunyai tanduk di atas kepala.

Sebelum Allah membuang Malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya, Lucifer meminta kebenaran kepada Allah untuk menggoda manusia ciptaan Allah sendiri untuk mengikuti mereka masuk ke dalam neraka.

Allah membenarkan mereka berbuat demikian dan mengatakan bahawa mereka tidak dapat merampas orang yang beriman kepada Allah, tetapi mereka dibenarkan untuk menggoda manusia.

Malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia supaya membenci Allah dan memberontak untuk tidak mempercayai Allah. Allah membenarkan mereka berbuat demikian kerana dia merujuk kepada kebebasan manusia samada untuk memilih jalan yang menuju ke neraka atau menuju ke dalam Syurga.

Selepas perjanjian ini dibuat, Allah membuang malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya dari syurga menjadi malaikat setan dan menghuni bumi, kemudian mulai menggoda manusia. Godaan mereka yang pertama terjadi semasa di Taman Eden.

Tiada ulasan: