Khamis, 20 November 2008

Doa menggoncangkan dunia

Jika anda mengalami godaan dan cobaan yang sangat berat, anda boleh meminta Allah supaya mengutus malaikat Michael untuk bersama-sama dengan anda melawan godaan supaya kita terlepas daripada jerat iblis.

Contoh doa yang saya berikan di bawah ini sangat-sangat membantu saya dan anda untuk melawan semua godaan dengan pertolongan malaikat Allah. Anda mahu? Nasihat saya, jangan bermain dengan doa ini kerana saat anda mulai berdoa, bermakna saya dan anda akan mulai berperang untuk menentang segala macam godaan dan percobaan yang datang kepada anda dan saya, tetapi tidak melebihi kekuatan kita, Allah tahu kemampuan kita.

Sebelum kita mulai berdoa, perkara penting yang harus kita lakukan ialah:

01.Merendahkan diri di hadapan Tuhan, bersyukur kepada-Nya dan meminta keampunan semua dosa-dosa yang kita lakukan kepada Tuhan dan menyatakan bahawa kita tidak layak di hadapan Tuhan.

Selepas sahaja doa ini selesai, kita mohon Tuhan mengampuni juga orang yang kita sakiti secara tidak sengaja atau jika kita pernah menyakiti hati sesiapa, berdamailah dengan mereka melalui doa pengampunan dan minta Roh Kudus bersama-sama dengan anda dan memberkati mereka juga.

02.Biasanya selepas melalui doa ini, hati kita akan merasa lega dan ada damai yang kita terima daripada syurgawi sebab hati kita sudah berdamai dengan Allah sebelum meneruskan doa yang seterusnya. Selagi kita tidak menggunakan kaedah yang pertama tadi, kita rasa ada sesuatu yang masih kurang.

03.Selepas itu kita menjemput Yesus menyertai kita didalam doa dan meminta Tuhan menyertai kita juga dengan malaikat-malaikat yang datangnya dari syurga.


Hint: Setan takut mengaku dosa dan mereka takut kepada darah Yesus dan nama Yesus sendiri kerana nama itu boleh menghancurkan mereka, boleh membuatkan mereka lari daripada anda. Jadi, percaya bahawa Yesus boleh menyelamatkan anda daripada segala dosa dan kenajisan, percaya dan cintai Yesus sepenuhnya. Maaf, Saya juga harus mencintai Yesus, bukan anda saja.Hehehe

Supaya kita bebas daripada iblis, kita harus menyangkal semua perbuatan jahatnya, menyangkal semua penipuannya, menyangkal semua kejahatannya dan meminta Yesus datang dan masuk ke dalam hati dan berdiam didalam hati kita sebagai pemerintah yang berkuasa. Dan meminta supaya Yesus melepaskan kita daripada segala jenis kejahatan dan penipuan.

Saya adalah manusia biasa seperti anda dan jangan menganggap saya adalah seorang yang sempurna didalam segala hal.

Rabu, 19 November 2008

catatan mengenai malaikat

Orang baik akan masuk di syurga dan orang jahat akan masuk di neraka. Tuhan itu mempunyai sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang, orang jahat dan orang baik pun Dia tetap sayang tetapi manusia sendiri yang mengikuti jalan sendiri untuk memilih kejahatan.

Kalau ada jalan yang baik menuju ke syurga, mengapa masih memilih jalan menuju ke neraka? Adakah mereka sukakan neraka? Mengapa mesti memilih neraka kalau syurga itu adalah tempat yang baik untuk manusia?

Pada mulanya di syurga ada empat ketua malaikat Allah . 4 malaikat ini terdiri daripada : (Menurut catatan yang terdapat didalam Alkitab perjanjian lama dan Baru)

1. Malaikat Michael - Ketua Malaikat peperangan syurgawi
2. Malaikat Gabriel - Malaikat utusan Allah
3. Malaikat Raphael - Malaikat yang melayani Allah
4. Malaikat Lucifer - Ketua didalam Pujian dan Penyembahan

Lucifer ialah malaikat yang sangat cantik, di panggil sebagai Bintang Kejora sebab dia mempunyai 7 suara. Apabila dia membawa malaikat-malaikat lain untuk membuat pujian dan penyembahan di hadapan Allah, suaranya berkumandang di syurga dengan meriah bersama malaikat-malaikat yang lain.

Malaikat Lucifer juga adalah malaikat yang sangat cantik dan mempunyai paras rupa yang sangat menarik. Kehebatannya didalam pujian dan penyembahan merupakan kekuatannya juga untuk membawa 1/3 daripada malaikat di syurga memberontak Allah.

Malaikat ini tidak puas hati dengan apa yang ada padanya. Kuasanya hampir sama seperti Allah tetapi dia bukan Allah. Dia mempunyai rancangan tersendiri untuk menjadi seperti Allah dan mulai menyombongkan diri serta membawa malaikat-malaikat lain untuk memberontak dan menghianati Allah. Malaikat-malaikat yang melayani Allah adalah roh yang melayani.

Dia berjaya membawa 1/3 daripada malaikat di syurga memberontak untuk menentang Allah. Dia ingin merebuat taktha Allah dan ingin menjadi seperti Allah. Kesombongan yang tinggi ada pada malaikat ini, dia ingin menjadi seperti Allah sebab dia merasakan bahawa Allah tidak adil dan sepatutnya dia yang menjadi Allah.

Peperangan berlaku, di antara malaikat Michael dengan malaikat Lucifer. Bala tentara syurgawi berperang di syurga tetapi Malaikat Lucifer mendapat kekalahan yang teruk kerana kuasa Allah lebih berpihak kepada malaikat Michael.

Selepas kejadian itu, Allah membuang dan menurunkan taktha malaikat Lucifer. Dia yang menjadi bintang kejora menjadi malaikat setan. Sayap mereka semuanya bertukar menjadi seperti kelawar hitam dan mempunyai tanduk di atas kepala.

Sebelum Allah membuang Malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya, Lucifer meminta kebenaran kepada Allah untuk menggoda manusia ciptaan Allah sendiri untuk mengikuti mereka masuk ke dalam neraka.

Allah membenarkan mereka berbuat demikian dan mengatakan bahawa mereka tidak dapat merampas orang yang beriman kepada Allah, tetapi mereka dibenarkan untuk menggoda manusia.

Malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia supaya membenci Allah dan memberontak untuk tidak mempercayai Allah. Allah membenarkan mereka berbuat demikian kerana dia merujuk kepada kebebasan manusia samada untuk memilih jalan yang menuju ke neraka atau menuju ke dalam Syurga.

Selepas perjanjian ini dibuat, Allah membuang malaikat Lucifer dan kuncu-kuncunya dari syurga menjadi malaikat setan dan menghuni bumi, kemudian mulai menggoda manusia. Godaan mereka yang pertama terjadi semasa di Taman Eden.

Selasa, 18 November 2008

di mana Tuhan tinggal?

Tuhan ingin mengenali kita semua tetapi kita tidak tahu di manakah Tuhan tinggal? Ada yang berkata, Dia tinggal di syurga, tidak mungkin dapat di capai oleh manusia kecuali hanya manusia yang kudus sahaja pergi ke sana. Ada juga yang menjawab yang syurga itu ada langit dan Tuhan tinggal di langit.

Ada pula yang saya dengar dari kawan-kawan lain, dia tinggal di pokok kayu atau di atas pohon ara. Saya tidak tahu, apakah jenis tuhan yang disembah kalau Tuhan itu tinggal di dalam kayu?

Tuhan memang tinggal di syurga tetapi bagaimana caranya Dia dapat pergi ke bumi untuk membantu kita? Ya, sudah pasti Dia akan mengirimkan malaikat-Nya untuk melindungi kita tapi itu hanya malaikat, kita mahu Tuhan yang sendiri datang ke dunia untuk membantu kita, samada secara fizikal ataupun dari segi rohani.

Kalau anggapan kita yang Tuhan tinggal di langit, sudah pasti Dia tidak dapat menolong kita lagi kerana Dia tidak turun atau tangga Tuhan dari Syurga itu rosak? Kalau nak turun, sudah tentu sukar sekali. :)

Tidak payah jauh-jauhlah. Kita lihat hati kita sendiri. Tuhan itu tidak jauh. Dia ada didalam hati kita. Kalau kita diseru untuk berbuat baik, maknanya itulah yang datangnya dari Tuhan.

Sabtu, 15 November 2008

Hala mana yang anda tuju

Mengapa sesetengah mereka yang tidak percaya adanya Tuhan tidak suka memanggil nama Tuhan? Mengapa mereka terlalu sensitif dengan nama Tuhan? Atau adakah mereka dikawal oleh kuasa lain untuk tidak memanggil nama Tuhan?

Ini memang satu perkara yang serius.. tapi kadang-kadang saya tidak ambil kisah sebab di sebalik semuanya itu, mereka inginkan bantuan, mereka perlukan belas kesian. Jadi, adakah anda bersedia membantu mereka? Walaupun mereka mungkin tidak perlukan bantuan dari segi makanan dan minuman tetapi di dalam hati mereka, mereka sangat menginginkan pemulihan, mereka perlukan kasih Tuhan..