Khamis, 5 Februari 2009

Cinta Kasih Allah

Ceramah yang sempat saya catit sepanjang seminar itu berjalan.

Pernahkah anda merasa sungguh jauh dari Tuhan? Atau kita merasakan yang kita tidak diperdulikankan oleh Tuhan? Untuk percaya kepada Tuhan, kita tidak boleh bergantung kepada pendirian kita sendiri. Kita mesti percaya dan mengimani Dia sepenuhnya.
Didalam keluarga kita, mungkin ada di antaranya yang tidak sama agama. Didalam keluarga kita mempunyai iman yang berlainan. Jadi, bagaimana kita dapat mengatur keluarga kita supaya mereka dapat bersatu dan tiada pertengkaran?

Menangani masalah ini bukanlah terlalu mudah. Kita perlukan Cintakasih daripada Tuhan. Berdoa dan Minta kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah memberikan janji palsu kepada kita semua. Jikalau kita bersungguh-sungguh untuk datang kepada Tuhan dan meminta Tuhan mencurahkan cintakasih kepada keluarga kita, Dia pasti akan dapat melakukannya.

Jika anda seorang yang aktif didalam pelayanan geraja kemudian selalu terjadi pertengkaran atau pergaduhan, bertanyalah kepada Tuhan, "Tuhan, benar adakah cintakasih didalam keluargaku ini? Tuhan akan membantu anda dan memberikan petunjuk kepada kita bagaimana DIa dapat mengasihi keluarga kita.

Tuntut janji Tuhan itu. Kalau seandainya Tuhan mempunyai cintakasih didalam keluargaku, tunjukkan cinntakasih itu didalam keluargaku, Tuhan! . Berdoa dan percaya bahawa Tuhan dapat mencurahkan cintakasihNya didalam keluarga kita.
Tuhan mempunyai caraNya sendiri untuk mencintai manusia. Kasih Tuhan dapat memberikan roh pertobatan kepada setiap manusia. Iman yang paling penting, supaya kita dapat melihat cinta kasihNya.

Mengampuni adalah jalan perdamaian yang terbaik. Perlukah kita dicintai dan dikasihi oleh Tuhan? Perlukah Tuhan mencintai kita?
Kejadian:1:26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah kita menjadikan manusia menurut rupa dan gambar dan rupa Kita…

Kita dikasihi oleh Tuhan kerana kita adalah gambaran dari rupaNya. Kita dicipta menurut rupa Allah sendiri. Jadi, Yesus yang kita lihat didalam gambar, dalam rupa manusia itu adalah Allah yang berkuasa di syurga dan di bumi. Dialah Tuhan yang mengasihi kita.

Jika rupa kita adalah gambaran daripada rupa Allah sendiri, jadi setiap orang yang dicipta adalah gambaran daripada Allah.

Yohanes:8:1-10: Ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi membawa seorang perempuan kepada Yesus dan berkata: "Rabi, perempuan ini tertangkap basah ketika ia sedang berbuat zinah….. (bersambung kepada ayat seterusnya) "Barangsiapa di antara kamu yang tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu…. (bersambung kepada ayat seterusnya).. Pergilah mereka seorang demi seorang, mulai dari yang tertua… dan Yesus berkata kepadanya "Hai perempuan, di manakah mereka? Tidak adakah seorang pun yang menghukum engkau? Jawabnya ; " Tidak ada, Tuhan". Lalu kata Yesus: "Akupun tidak menghukum engkau, pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang.

Yesus berkuasa mengampuni sesiapa sahaja. Yesus memperlihatkan KeAllahanNya bahawa Dia berkuasa mengampuni dosa dan mengasihi manusia. Dia berkuasa untuk menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang sakit.

Jika ada perkara yang sulit yang tidak dapat kita atasi, percaya kepada Tuhan dengan sepenuh hati, serahkan semua masalah itu kepada Tuhan dan jangan dengan setengah-setengah. Tuhan manakah lagi yang dapat menyembuhkan kita? Tuhan manakah lagi yang dapat menyembuhkan kita, selain Yesus Kristus.

Tuhan mengasihi kita bukan kerana kelebihan atau kekurangan yang kita ada, tetapi Dia mengasihi kita kerana Dia adalah penebus kita. Walaupun kita jauh daripada Tuhan atau merasakan seolah-olah kita jauh daripadaNya, Dia akan tetap mengasihi kita dan kasihNya tidak pernah berubah.

Tiada ulasan: