Khamis, 5 Februari 2009

KeTuhanan Yesus dan Penyelamatan

Didalam kehidupan manusiawi, Dia adalah seorang tukang kayu. Dia tidak per nah pergi ke sekolah tapi dia memiliki banyak pengetahuan dalam segala sesuatu.

Dia menjadi manusia sama seperti kita supaya dia dapat masuk kedalam kehidupan manusia dan membawa manusia kepada keselamatan.

Peribadi Yesus adalah Tuhan. Didalam peribadi-Nya ada kuasa. Dia hanya berdiam diri selama 30 tahun dan dibesarkan didalam keluarga sebagai Tukang Kayu. Dalam umur 33 tahun, baru dia mati, wafat dan dibangkitkan pada hari ketiga.

3 tahun Yesus menyebarkan kabar baik tentang keselamatan untuk semua umat manusia. Dan mengapa kita mahu mengikuti Yesus? Apakah yang ada pada Yesus? Apakah daya tarikan yang ada padaNya? Yesus adalah Tuhan.

Dia mampu melakukan segalanya untuk kita. Patahkan semua kekuatan roh jahat didalam nama Tuhan Yesus. Dia adalah Tuhan yang mampu melakukan segala-galanya.

Percaya kepada Tuhan sepenuhnya. Jika kita menghadapi masalah didalam hidup ini, haruslah kita menjawab dengan iman dan persembahkan semua masalah kita kepada Tuhan.

Peribadi Yesus tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi harus diungkapkan melalui iman. Kalau kita berpelajaran tinggi sekalipun, jika tidak mempunyai iman, semuanya sama sahaja.

Kita tiada kuasa apa-apa untuk menghadapi masalah hidup tetapi jika kuasa peribadi Yesus itu ada didalam diri kita, kita mampu melakukan segala-galanya untuk mematahkan semua kuasa kegelapan, roh jahat dan roh-roh dunia yang meskin.

Percayalah kepada Tuhan Yesus, Dia sungguh-sunggh mahu menyelamatkan kita daripada genggaman kuasa kuasa iblis, kuasa dunia yang bukan berasal dari Tuhan.

Siapakah Allah yang berkuasa menyelamatkan kita daripada kematian selain Yesus? Siapakah Allah yang menyelamatkan kita daripada perbudakan dosa, selain Yesus? Siapakah yang melepaskan kita daripada cengkaman kuasa-kuasa kejahatan, selain Yesus? Sifat keAllahanNya itu yang menyebabkan kita diselamatkan.

*Yesus adalah Allah. Allah sendiri yang turun sebagai Yesus Kristus untuk menyelamatkan kita daripada dosa-dosa.*

Tiada ulasan: