Rabu, 11 Februari 2009

Hidup Baru

Hidup baru bererti kita secara keseluruhannya akan mengalami hidup baru selepas dibaharui didalam seminar ini.

Seminar ini bertujuan untuk memberikan kita pengetahuan tentang segala sesuatu dan mendambakan kuasa Tuhan bekerja didalam seluruh hidup kita.

Apakah ertinya hidup baru? Sila lihat didalam didalam Galatia 5: 19-21. Rasul Paulus mengingatkan kita supaya tidak terikut dengan benda-benda yang seperti itu. Kalau dulu, kita semuanya memasak menggunakan kayu api tetapi sekarang, kita memakai Rice Cooker yang untuk memasak nasi.

Ternyata zaman sekarang sudah berbeza dengan zaman lalu. Manusia lebih mudah disuntik dengan banyak gambaran pronografi. Apabila kita melihat gambar pornografi memang tidak ada apa-apa tetapi apabila kita sudah sampai di rumah, bayangan itu mulai muncul. Kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kita.

Bagaimana kita boleh menewaskan semua benda-benda duniawi seperti ini? Gambaran daripada pronografi ini boleh mengganggu minda dan jiwa kita. Kita mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Ini juga boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan hubungan kita dengan orang lain, jika keadaan tidak terkawal.

Rasul Paulus menasihati kita supaya tidak hidup didalam gambaran-gambaran seperti ini. Seseorang yang memilih hidup yang baru tidak harus berlandaskan kepada keinginan daging semata-mata.

Anak muda kita sekarang lebih mudah terperangkap dengan sumber ini. Anak yang baru tadika sudah memiliki telefon tetapi gambar didalamnya terkandung pronografi. Kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa, sudah disuntik dengan gambaran-gambaran ini.

Di zaman ini, kita takut berbicara mengenai kebenaran. Oleh kerana untuk hidup baru didalam Kristus. Kita harus menanggalkan manusia lama kita supaya kita dapat berpindah ke hidup baru yang dijanjikan Yesus kepada kita.

Rujukan: Galatia: 5: 19-21 Perbuatan daging telah nyata iaitu percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya.

Terhadap semuanya ini, kuperingatkan kamu - seperti yang telah kubuat dahulu - barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bahagian didalam kerajaan Allah
.


Bersambung.....

Cinta Kasih Boleh menutupi segala bentuk dosa. Contohnya kita berani mengampuni orang yang bersalah kepada kita. Untuk menerima Roh Kudus, kita harus berani menyingkirkan manusia lama kita biarpun orang memandang rendah kepada kita. Kita harus berani bertobat untuk mendapatkan hidup baru itu. Kita harus berani menanggalkan manusiawi lama kita.

Walaupun orang mengatakan kita bodoh dan sebagainya, tetapi dunia memang tidak menerima kebijaksanaan yang datangnya daripada Tuhan sendiri. Banyak guru-guru didalam dunia ini tetapi Yesus adalah guru yang terkenal sampai saat ini.

Kadang-kadang kita menerima penghinaan kerana meninggalkan semua dosa-dosa kita tapi jangan takut kerana Yesus yang disebut Kristus sentiasa bersama kita. Tuhan memberikan kita hidup baru secara percuma.

Sejak dari kita menerima baptisan dalam nama Bapa, Putera dan Roh Kudus, Roh Kudus yang ada didalam diri kita tertidur. Ia perlu diaktifkan kembali didalam diri kita supaya Dia dapat memimpin kita didalam jalan yang benar.

Kita hendaklah terbuka untuk menerima Roh Kudus dan rela untuk mendapatkan hidup baru. Terdapat beberapa syarat untuk menerima hidup baru:


01. Kita mengakui Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat (Kerana Roh Kudus berasal dari Tuhan sendiri)

02. Kita jangan takut bertobat kepada Tuhan dan bertobat dengan rendah hati. Tuhan sayang dengan kita. Dia menciptakan kita menurut rupa dan gambaranNya. Tuhan tidak
menciptakan kita menurut rupa gambar seekor monyet, tetapi Dia mencipta kita menurut rupa dan gambarNya.


Tuhan ingin memulihkan keberadaan kita yang sudah jatuh. Kita harus berani menolak manusiawi lama kita untuk berpindah kepada hidup baru. Untuk berpindah kepada hidup baru, kita perlukan Yesus sebagai kekuatan untuk menghapuskan dan melenyapkan semua manusia lama kita.

Tajuk yang akan saya sampaikan didalam ceramah seterusnya ialah Menerima karunia Roh Kudus.

Tiada ulasan: